Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran
yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media
seperti ini tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan
boleh membantu mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran
teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media
pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain
sebelum ini.
Penggunaan CD-ROM ini akan mengubah
secara radikal corak pemikiran, pembelajaran dan cara menyelesaikan masalah
dalam kalangan pelajar. Pelbagai kemahiran dapat diadaptasikan dalam kehidupan
pelajar. Teori-teori komunikasi serta teori pembelajaran dan pengajaran
membantu meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru
yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan.
No comments:
Post a Comment