PERISIAN CD-ROM



  • CD-ROM dikategorikan sebagai bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) sama ada difokuskan kepada mata pelajaran tertentu mengikut sukatan pelajaran, berfokuskan maklumat umum atau berfokuskan kepada sesuatu bidang atau topik.
  • Teknologi CD-ROM memiliki kapasiti setoran sebanyak 1000 hingga 1200 megabytes. Oleh kerana kapasitinya inilah maka CD-ROM menjadi salah satu tempat alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan multimedia yang selalunya memerlukan kapasiti setoran yang banyak. 
  •  
  • Ini bermaksud memasukkan skrin video yang besar kepada produk adalah mungkin (Norhashim Abu Samah et.al., 1996). Penyebaran produk multimedia ini boleh dilakukan melalui CD-ROM. Pemacu CD-ROM boleh memindahkan data pada kadar 150Kb / sesaat. Oleh itu pemacu 40X CD-ROM berupaya menyampaikan 40 kali 150Kb / sesaat, atau 6MB data sesaat.
  • Selain itu, perisian CD-ROM juga berupaya memuatkan bahasa pengaturcaraan yang boleh menyediakan keupayaan multimedia seperti Visual Basic dan Delphi yang mengambil pendekatan berorientasikan objek kepada pembangunan perisian yang membenarkan kawalan media ke dalam aplikasi program tersebut. Misalnya, Visual Basic menyediakan MCI (Media Control Interface) yang boleh mengawal dan memainkan format fail media di dalam aplikasi perisian seperti WAV atau bunyi MIDI, video digital, animasi, dan audio CD.

No comments:

Post a Comment