KELEBIHAN CD-ROM



Di antara kelebihan penggunaan CD-ROM dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :
  • Satu multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks.
  • Boleh memuatkan segala isi mata pelajaran yang hendak disampaikan oleh para guru. Ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti buku teks.
  • Perisian cd-rom boleh dimuat turunkan dengan objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri multimedia, e-ujian,e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan atau capaian internet.
  • Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak.
  • Dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk sekaligus dapat meningkatkan lagi minat mereka menguasai tajuk berkenaan.


  • Dapat menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian kursus yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan dalam visual yang ditayangkan 
  •  

No comments:

Post a Comment