CONTOH APLIKASI CD-ROM

Di bawah ini merupakan contoh penggunaan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar :





  • Contohnya bagi tajuk Ibadah haji, berkemungkinan terdapat pelajar yang pernah menunaikan Ibadah haji dan mungkin ada yang tidak pernah mengerjakannya. Oleh yang demikian, dengan adanya CD-ROM yang mengandungi pelbagai video, audio, dan grafik berkenaan ibadah haji ini, ia dapat memberi pengalaman sebenar dan pengetahuan secara langsung kepada mereka dalam mempelajari tajuk tersebut.





  • CD-ROM mengandungi perisian berbentuk simulasi yang boleh digunakan dalam mempelajari mata pelajaran Ibadah. Contohnya dalam mempelajari bab solat, guru boleh menayangkan visual yang menunjukkan seseorang sedang menunaikan solat. Dalam visual tersebut, mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana solat dilakukan. Mereka dapat melihat keadaan ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya. Apabila murid dapat menyaksikan tayangan tersebut, mereka akan menguasai kemahiran tertentu dan mempraktikkannya di dalam solat

No comments:

Post a Comment