KENALI CD-ROM







CD-ROM adalah antara alat yang menggabungkan pelbagai elemen media iaitu grafik (gambar), animasi (gambar yang bergerak), audio (suara), video (gambar dan suara) dan teks (tulisan). Berbeza dengan konsep monomedia yang mengadaptasikan satu media sahaja, CD-ROM dapat menggabungkan lebih dari satu elemen dan biasanya ke semua elemen ini akan diintegrasikan. Kajian mendapati, manusia menyimpan ingatan 10% daripada apa yang dilihatnya seimbas, 40% daripada apa yang didengari, dan melonjak sehingga 75% jika melihat, mendengar sambil berinteraksi. 


CD-ROM merupakan aset penting komputer. Ia digunakan untuk mencapai maklumat yang terdapat pada cakera padat (CD). Di samping itu, ia juga merupakan salah satu kelengkapan storan luar yang amat penting.Dulu, kelengkapan storan luar utama bagi komputer merupakan cakera liut. Bagaimanapun, teknologi multimedia yang berkembang pesat menjadikan CD-ROM sebagai aset yang paling penting, malah yang asas bagi sesebuah komputer multimedia.

No comments:

Post a Comment