Perkembangan dalam teknologi multimedia yang semakin pesat kini
pula menjanjikan potensi besar dalam merubah
cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia kini menyediakan pelbagai
peluang kepada para pendidik mengaplikasikan 1001 teknik pengajaran dan pelajar
pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi
pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang
bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan
masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks
dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu. (Muhammad Asyraf Mustaffa,
2004).
Perkembangan multimedia diawali
dengan penyebaran CD-ROM pada kurun waktu 1980-an yang mengandungi muzik dan
pengkalan data berupa hiperteks untuk keperluan menyimpan dan penyebaran
maklumat. Teknologi CD-ROM memiliki kapasiti setoran sebanyak 1000 hingga 1200
megabytes. Oleh kerana kapasitinya ini maka CD-ROM menjadi salah satu tempat
alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan multimedia yang selalunya memerlukan
kapaisiti setoran yang banyak. Kini, yang perlu diperhatikan adalah
bagaimanamenjadi teknologi multimedia dapat bermanfaat bagi kemajuan
pendidikan.
Kemajuan teknologi moden adalah
saalah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan pesat berlaku dalam
dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin dirasakan oleh pelbagai sektor
terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan pendidikan. Dalam
bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah memberikan perhatian
mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat tentang peranan dan
fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan. Mereka yakin
bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan pendidikan untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
No comments:
Post a Comment